keluargaku syurgaku;
hidup berkeluarga memeng bahagia ,jika seseorang itu memahami konsep keluarga bahagia,
sebagai mana nabi kita mengamal dan mengunakan konsep keluarga bahagia,
bagi menjaga keluarga bahagia kita kenalah mengamalkan ansor antara satu sama lain bagi menjamin keluarga yang harmoni...
Khamis, 23 Julai 2009
syurgaku
Ahad, 5 Julai 2009
TEKAAN
Hadir dengan idea baru. Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. Anda
merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.Anda suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasaannya adalah pemimpin atau boss. Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik Anda.
Sabtu, 4 Julai 2009
HOBI
SEJARAH SENI KHAT
Seni adalah jiwa dan jiwa adalah seni. Jiwa yang tidak berseni dan seni yang tidak berjiwa adalah seni yang mati dan jiwa yang mati´ – Amiera_ns. Ungkapan yang lebih ironis tentang memahami kesenian Islam ini menggambarkan betapa halusnya nilai seni yang terpancar pada setiap huruf seni khat. Lakaran-lakaran seni dan tulisan diadun bahasa fikir sehingga menjadi untaian tali jiwa dalam memahami erti kehidupan segajat, membangkitkan nafsu kecintaan sesama manusia juga kepada Maha Pencipta – konsep seni dalam silaturrahim Islam.
Kesenian unggul dalam Islam terpancar pada Ummul Kitab (al-Quran) yang diturunkan sebagai panduan dan pedoman untuk semua umat manusia. Naskhah lengkap panduan hidup umat Islam merupakan seni yang tidak dapat ditangkis oleh mana-mana kesenian kerana ketinggian nilai budi, saranan akhlak juga peraturan hidup manusia. Dr Venetia Porter, Kurator Muzium British yang juga seorang pengkaji kesenian Islam menyatakan, tulisan merupakan antara elemen terpenting untuk menyampaikan sesuatu maksud sebagai gambaran pelbagai kejadian yang berlaku. Sistem tulisan Arab – wadah yang mengungkap maknawi bahasa Al-Quran menjadi pengikat ukhwah dan penglahiran perasaan mengagungkan Maha Pencipta.
Keistimewaan sistem tulisan Arab (jawi) ini penentu ciri kesenian Islam yang melampaui batasan dan sempadan. Tulisan-tulisan Arab ini dizahirkan kepada bentuk yang seni oleh seniman Islam. Objek penglahirannya berlegar disekitar kosmos alam yang bersangkutan dengan keagungan Tuhan. Bertitik tolak dari inilah muncul kesenian seni kaligrafi Islam yang telah dimulai dari sejak Islam lahir ke muka bumi ini. Seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama ´seni khat´ merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh pelosok dunia, menyaksikan kaligrafi Islam teradaptasi dengan perubahan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai keIslamannya. Penulisan Khat yang pertama di dunia dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq dalam kurun ke tujuh.
Fakta yang tercatat daripada sumber bertulis – seorang sufi mendapat ilham menghasilkannya melalui mimpi. Tulisan-tulisan yang dihasilkan dinamakan Kufic (Kufi) iaitu tulisan yang tidak bercantum. Ia digunakan sehingga kurun ke-12. Pada kurun ke 10 – seni kaligrafi Islam tersebar ke Parsi dengan gabungan-gabungan huruf yang lebih berseni. Tulisan kaligrafi Islam ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu khat Kufi, Khat Nasakh, Khat Diwani, Khat Thuluth, Khat Riqa. Tulisan kaligrafi dari jenis Nasakh dijadikan asas dalam mempelajari sistem tulisan Arab di negara berkenaan.
Alam Melayu tidak terkecuali menyerap unsur Nasakh ini sebagai asas pembelajaran tulisan jawi, yang kemudiannya dipertingkatkan dengan sistem tulisan khat yang lain. Khat Kufi dikatakan sebagai khat yang paling popular didunia. Ia digunakan sebagai tulisan dalam Al-Quran selama tiga kurun lamanya. Sistem khat Kufi yang tidak mengalami banyak perubahan semasa menjadi asas ia dikekalkan sebagai tulisan di dalam naskah al-Quran.
Pada kurun ke-16 dan 17 – seni khat pernah menjadi medium komunikasi terpenting dalam menyampaikan mesej diplomatik. Ia diperkenalkan oleh Housam Roumi semasa era Suleyman 1 di wilayah Turki. Kesenian tulisan khat jenis ini terserlah melalui tanda diakritik dengan tulisan yang menarik. Seni khat yang dikenali dengan nama Diwani ini berkembang seiring dengan variasinya iaitu Diwani al-Jali yang berbingkai.Antara seni khat yang masih lagi menjadi tumpuan para peminat seni warisan Islam hingga kini termasuklah khat Tuluth dan khat Riqa.
Pada awal perkembangan seni khat, sejenis pokok yang direncongkan hujungnya dan dicelup dengan cecair dakwat, ditulis pada kepingan kulit-kulit tamar, kulit kambing yang dikeringkan dan daun-daun papyrus yang dijadikan kertas. Namun begitu, alam Melayu menyaksikan penggunaan batang-batang pokok resam sebagai alatan utama untuk menulis khat. Batang resam yang ditiruskan pada bahagian hujungnya akan dicelupkan dengan dakwat sebelum tulisan khat dilakarkan pada kertas.
Seni Khat yang mengadaptasi dengan dunia moden terus berkembang tetapi masih lagi bertapak pada seni yang asal iaitu dalam konteks keIslaman (mentauhidkan Allah dan lebih berupa nasihat). Kini, seni khat bukan sahaja terlakar pada kepingan kertas malahan menjadi hiasan bercorak islamik apabila ia ditulis pada kepingan cermin, diukir pada mimbar-mimbar masjid dan turrut dijadikan cenderamata untuk kenangan. Nafas baru dalam penghasilan seni khat ini secara tidak langsung meningkatkan martabat seni khat sebagai unsur seni yang cukup tinggi. Sesungguhnya seni kaligrafi Islam adalah lambang kesenian unggul tamadun Islam yang tiada tandingannya.
INGIN MENGETAHUI SEJARAH RINGKAS SENI KHAT, SILA KLIK, DOWNLOAD ATAU PRINT DI SINI
insan harapan
insan harapan
perjuanganku sem dua 28\6\09 .hari perjuanganku imtihan , tetapi hari ini nasib diri ku kurang baik kerana tidak sihat menyebabkan aku tidak boleh menghafal kitab bahkan jawab pun ikut faham je,bukan ana saja yang kena tetapi kawan karib ku turut juga tidak sihat,sebagaimana aku rasa,begitulah dia rasa,tetapi tiap ujian datang terpaksa ku terima ,kerana itu ujian dari tuhan kepada hamba dia ini ,walaubagaimanapun aku tetap bersyukur kepada tuhan al-rahman....kerana masih lagi beri ku harapan dalam perjuangan ini।untuk terus berjaya kemenara gading
man nafsi
insan harapan88 adalah seorang Hamba ALLAH yang kerdil dan serba kekurangan masih berjuang dalam jihad al-ta'lim. Pernah menuntut di pondak baitul ba' ( 1995-1996 ),Madrasah darul najah ( 1996-2001 ),dan menuntuk di ma'had darul quran dari (2003-2008)dan sekarang sedang menuntut di Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah(KUDQI)Kubang lembek( 2008- sekarang )tarik lahir ana (31-07-1988)berumur 21tahun dan mengharapkan sifat istiqomah dan sabar dalam perjuangan menuntut ilmu Allah S.W.T,tiada apa yang dipohon selain rahmat dan kasih sayang dariMU dalam meniti kehidupan sebagai khalifah, masih lagi mencari ILMU yang tidak akan habis hingga ke liang lahad, aku ingin mencari keRedhaan ALLAH S.W.T, aku bukan ingin mencari keRedhaan MANUSIA kerana berjuang itu memang pahit,kerana syurga Allah itu amatlah manis.
Jumaat, 3 Julai 2009
pengalaman
Hidup ditempat orang yang asing bagi ku(mekah )
Pengalaman menunaikan ibadah umrah ditanah suci ,ketika itu aku baru sahaja selesai menhadapi peperiksaaan akhir robi’ thanawi yang cukup mencabar diriku ,tetapi debaran mencabar itu hilang apabila habis peperiksaan ,tetapi datang pula cabaran yang lebih hebat iaitu menunaikan ibadah ditanah suci ,aku diberi rezeki pergi ke mekah dengan kadaq allah melalui hamba allah yang membiayai semua keperluan aku dan sahabat ku dimekah ,aku pergi lima orang yang iaitu yusuf,syafaiz ,zulfadli,ismail ,semasa aku nak pergi ustaz zulyadai pernah berpesang kena jaga mate dan hati ,kerana kita akan hadapi dugaan dan cubaan terutama dengan perempuan ,disebabkan kawan ustaz pernah kena semasa tawah ka’bah dia lupa berapa kali dia tawah ,ustaz bertanye sahabat dia kenapa boleh lupa?dia menjawab :disebabkan melihat perempuan kurki cantik sangat ,kelakar pulak ,selepas aku dan sahabat ku pergi baruku mengerti,ciptaan tuhan yang sangat agung memang memukaukan manusia, bukan kawan ustaz sahaja ,tetapi kawanku sendiri hampir tergolek atas masjidil haram kerana terpesona dengan perempuan ,di situ kena jaga niat kerana tempat itu dimakbulkan oleh allah apa yang terlintas dihati,ada juga pengalaman yang menyedihkan ,dan juga gebira.biar simpan dalam kenangan yang menjadi iktibar bagi hidupku .akhir kalam hidup perlukan harapan untuk menjadi insane yang bertakwa.amin